“MALAYSIAku Gemilang………” The Melting Pot of Asia
TV1, TV2, TV3, NTV7, Astro, Pawagam, konsert dll banyak dibanjiri oleh bahan2 dari luar. Suka atau tidak kita terpaksa bersaing dengan bahan asing. Adakah satu kemestian untuk kita menerima mereka? Apa, kita tak cukup bahan? Produk kita tak cukup bagus? Artis kita tak ada standard? Persaingan itu baik. Hakikatnya kita pun tak lah berapa baik, tengah nak belajar jadi baik dari dulu…baru nak belajar jadi baik, kita sering di kacau bilaukan dengan longokkan bahan asing yang kebanyakkannya hampeh!
Kita pun jadi confused dan terpengaruh dan mula jadi haru biru. Kita dah hilang punca dan gabra dan mula menyanjung mereka. Kononnya mereka baik sangat. Bahan atau artis luar tu ada baiknya tapi biarlah berpada-pada. Banyak ke produk kita artis kita dan konsert kita dimainkan di Indon, Bollywood, Hollywood, Filipina dll lain-lain negara luar? Ada, bukan tak da tapi tak seimbang langsung. Situasi yang berlaku sekarang dah lama bukan isu baru. Namun saya terpanggil untuk menyuarakan kembali kerana keadaan menjadi bertambah parah dan memungkinkan akan terjadi ‘penjajahan’ terhadap industri hiburan tanahair!
Saya teringat ketika di awal tahun 80a’an ketika filem DIA IBUKU buat kerjasama dengan Persatuan Artis Film Indonesia (Parfi) untuk menayangkan filem kita di Indon, payahnya weh..macam-macam di autanya kita..last-last hampeh! Parfi begitu protective dengan industri hiburan mereka. Kenapa KITA tak boleh lakukan sedikit restrictions terhadap bahan luar? Pihak-pihak berwajib dan mana-mana yang ada kuasa tu tolonglah sikit. Industri kita mula haru biru dan kehilangan identiti. Kita terikut-ikut dan terpaksa ikut. Saya rasa tak perlu panjang cerita lagi. Saya pasti semua dah dapat pointnya.
Tanah ini Tanah Kita,
Pedagang datang ingin berniaga,
Serahkan budi tapi celikkan mata,
Pertahankan agama, negara, bangsa, dan budaya
Selamat Menyambut Kemerdekaan Kita Yang Ke 50!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Share This Thread