Results 1 to 7 of 7

Thread: Imlek

http://idgs.in/57694
  1. #1
    NdRuw's Avatar
    Join Date
    Oct 2006
    Location
    Jakarta
    Posts
    22,108
    Points
    5,956.28
    Thanks: 40 / 612 / 327

    Default Imlek

    Imlek di Indonesia



    Aslinya Imlek atau Sin Tjia adalah sebuah perayaan yang dilakukan oleh para petani di **** yang biasanya jatuh pada tanggal satu di bulan pertama di awal tahun baru. Perayaan ini juga berkaitan dengan pesta para petani untuk menyambut musim semi. Perayaan ini dimulai pada tanggal 30 bulan ke-12 dan berakhir pada tanggal 15 bulan pertama. Acaranya meliputi sembahyang Imlek, sembahyang kepada Sang Pencipta, dan perayaan Cap Go Meh. Tujuan dari persembahyangan ini adalah sebagai wujud syukur dan doa harapan agar di tahun depan mendapat rezeki lebih banyak, untuk menjamu leluhur, dan sebagai sarana silaturahmi dengan kerabat dan tetangga.
    Karena perayaan Imlek berasal dari kebudayaan petani, maka segala bentuk persembahannya adalah berupa berbagai jenis makanan. Idealnya, pada setiap acara sembahyang Imlek disajikan minimal 12 macam masakan dan 12 macam kue yang mewakili lambang-lambang shio yang berjumlah 12. Di ****, hidangan yang wajib adalah mie panjang umur (siu mi) dan arak. Di Indonesia, hidangan yang dipilih biasanya hidangan yang mempunyai arti "kemakmuran," "panjang umur," "keselamatan," atau "kebahagiaan," dan merupakan hidangan kesukaan para leluhur.

    Kue-kue yang dihidangkan biasanya lebih manis daripada biasanya. Diharapkan, kehidupan di tahun mendatang menjadi lebih manis. Di samping itu dihidangkan pula kue lapis sebagai perlambang rezeki yang berlapis-lapis. Kue mangkok dan kue keranjang juga merupakan makanan yang wajib dihidangkan pada waktu persembahyangan menyambut datangnya tahun baru Imlek. Biasanya kue keranjang disusun ke atas dengan kue mangkok berwarna merah di bagian atasnya. Ini adalah sebagai simbol kehidupan manis yang kian menanjak dan mekar seperti kue mangkok.

    Ada juga makanan yang dihindari dan tidak dihidangkan, misalnya bubur. Bubur tidak dihidangkan karena makanan ini melambangkan kemiskinan.

    Kedua belas hidangan itu lalu disusun di meja sembahyang yang bagian depannya digantungi dengan kain khusus yang biasanya bergambar naga berwarna merah. Pemilik rumah lalu berdoa memanggil para leluhurnya untuk menyantap hidangan yang disuguhkan.

    Di malam tahun baru orang-orang biasanya bersantap di rumah atau di restoran. Setelah selesai makan malam mereka bergadang semalam suntuk dengan pintu rumah dibuka lebar-lebar agar rezeki bisa masuk ke rumah dengan leluasa. Pada waktu ini disediakan camilan khas Imlek berupa kuaci, kacang, dan permen.

    Pada waktu Imlek, makanan yang tidak boleh dilupakan adalah lapis legit, kue nastar, kue semprit, kue mawar, serta manisan kolang-kaling. Agar pikiran menjadi jernih, disediakan agar-agar yang dicetak seperti bintang sebagai simbol kehidupan yang terang.

    Tujuh hari sesudah Imlek dilakukan persembahyangan kepada Sang Pencipta. Tujuannya adalah sujud kepadaNya dan memohon kehidupan yang lebih baik di tahun yang baru dimasuki.

    Lima belas hari sesudah Imlek dilakukan sebuah perayaan yang disebut dengan Cap Go Meh. Masyarakat keturunan **** di Semarang merayakannya dengan menyuguhkan lontong Cap Go Meh yang terdiri dari lontong, opor ayam, lodeh terung, telur pindang, sate abing, dan sambal docang. Sementara di Jakarta, menunya adalah lontong, sayur godog, telur pindang, dan bubuk kedelai.

    Pada waktu perayaan Imlek juga dirayakan berbagai macam keramaian yang menyuguhkan atraksi barongsai dan kembang api.

    × Gaming Organizer ×

  2. Hot Ad
  3. #2
    CrL-bLaCk-'s Avatar
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    -
    Posts
    10,051
    Points
    15,892.40
    Thanks: 13 / 232 / 105

    Default

    Ndruw, ini artikelnya ada sumber or link nya ga? Ditunggu 1 x 24 jam yah...
    • True love doesn't have a happy ending, because true love never ends •

  4. #3
    Nining_Meida's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    Es Lilin Mah, Ceuceu
    Posts
    435
    Points
    527.80
    Thanks: 0 / 0 / 0

    Default

    Tahun Baru ****
    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
    Lompat ke: navigasi, gelintar
    Halaman ini mengandungi teks bahasa ****. Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai sokongan perisian. Lebih...
    Tahun Baru ****
    Tahun Baru ****
    Malam Tahun Baru **** di Meizhou, China
    Juga dinamakan Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga
    Diraikan oleh terutamanya tamadun Asia Timur
    Jenis China, kebudayaan, agama Buddha
    Keutamaan Hari pertama kalendar **** (qamari)
    Tarikh 2007 18 Februari
    Tarikh 2008 7 Februari
    Tarikh 2009 26 Januari
    Perayaan sambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga.
    Berkaitan dengan Perayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan ini

    Tahun Baru **** (**** Tradisional: 春節, **** Ringkas: 春节, pinyin: Chūnjíe, "Perayaan Musim Bunga" atau **** Tradisional: 農曆新年, **** Ringkas: 农历新年, pinyin: Nónglì Xīnnián, "Tahun Baru Takwim Qamari") merupakan perayaan terpenting orang **** bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari ****. Kalendar qamari **** terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

    Tahun Baru **** melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

    Tahun Baru **** diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru ****, perayaan Tahun Baru **** ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

    Tahun Baru **** bukan sahaja diraikan oleh kaum **** di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari ****.

    Tahun Baru **** juga menampakkan "penghijrahan" manusia yang terbesar, apabila bangsa **** seluruh dunia pulang ke kampung halaman pada hari sebelum tahun baru, untuk menghadiri jamuan pertemuan semula bersama seisi keluarga.
    Senarai kandungan
    [tutup]

    * 1 Tarikh perayaan
    * 2 Sejarah
    * 3 Mitos
    * 4 Sambutan perayaan
    o 4.1 Sebelum Tahun Baru
    o 4.2 Hari pertama
    o 4.3 Hari ke-2
    o 4.4 Hari ke-3
    o 4.5 Hari ke-5
    o 4.6 Hari ke-7
    o 4.7 Hari ke-9
    o 4.8 Hari ke-15
    * 5 Hidangan Tahun Baru
    o 5.1 Jamuan pertemuan semula
    o 5.2 Intisari makanan
    * 6 Amalan Tahun Baru
    o 6.1 Ang pau
    o 6.2 Pasar Tahun Baru
    o 6.3 Bunga api
    + 6.3.1 Larangan mercun
    o 6.4 Pakaian
    o 6.5 Shou Sui
    o 6.6 Simbol
    o 6.7 Bunga
    o 6.8 Ikon dan hiasan
    * 7 Ucapan
    o 7.1 Selamat Tahun Baru
    o 7.2 Gong xi fa cai
    o 7.3 Ucapan lain
    * 8 Pantang-larang sewaktu perayaan
    o 8.1 Menerima tuah
    o 8.2 Menghindari malang
    * 9 Nota dan rujukan
    * 10 Pautan luar

    [sunting] Tarikh perayaan

    Rencana utama: Astrologi ****

    Sambutan Tahun Baru **** di Chinatown, London.
    Sambutan Tahun Baru **** di Chinatown, London.

    Tarikh hari tahun Baru **** dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak **** dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa **** bagi haiwan-haiwan tersebut.
    Haiwan Dahan bumi Tarikh
    Tikus 子 Zi 19 Februari 1996 7 Februari 2008
    Lembu 丑 Chou 7 Februari 1997 26 Januari 2009
    Harimau 寅 Yin 28 Januari 1998 14 Februari 2010
    Arnab 卯 Mao 16 Februari 1999 3 Februari 2011
    Naga 辰 Chen 5 Februari 2000 23 Januari 2012
    Ular 巳 Si 24 Januari 2001 10 Februari 2013
    Kuda 午 Wu 12 Februari 2002 31 Januari 2014
    Kambing 未 Wei 1 Februari 2003 19 Februari 2015
    Kera 申 Shen 22 Januari 2004 8 Februari 2016
    Ayam 酉 You 9 Februari 2005 28 Januari 2017
    ****** 戌 Xu 29 Januari 2006 16 Februari 2018
    **** 亥 Hai 18 Februari 2007 5 Februari 2019

    [sunting] Sejarah

    Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

    [sunting] Mitos
    Puisi Tahun Baru **** tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang, Yunnan, China.
    Puisi Tahun Baru **** tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang, Yunnan, China.

    Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (**** Tradisional: 過年, **** Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".[1][2]

    [sunting] Sambutan perayaan

    Sambutan Tahun Baru **** ditandakan oleh penziarahan ahli kelaurga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

    [sunting] Sebelum Tahun Baru

    Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga **** membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa ****.

    Acara terbesar pada malam Tahun Baru **** ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas ****. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.[3]

    [sunting] Hari pertama
    Perayaan Tahun Baru ****, pada hari kelapan, di pinggir kota Vancouver, Kanada.
    Perayaan Tahun Baru ****, pada hari kelapan, di pinggir kota Vancouver, Kanada.

    Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.[4]

    Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru **** merupakan masa apabila keluarga **** menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

    Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

    [sunting] Hari ke-2

    Hari kedua Tahun Baru **** atau hari "membuka tahun" (**** Tradisional: 開年, **** Ringkas: 开年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.[5] Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

    [sunting] Hari ke-3

    Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:

    Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja[5] Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.[6]

    [sunting] Hari ke-5

    Di bahagian utara China, ladu (**** Tradisional: 餃子, **** Ringkas: 饺子, jiǎozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (破五, pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan ****. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

    [sunting] Hari ke-7

    Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari ****.[7]

    Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum **** di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum **** di merata dunia selain rantau tersebut.[7][8]

    [sunting] Hari ke-9

    Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum **** untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.

    Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.

    Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

    [sunting] Hari ke-15

    Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru **** yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (**** Tradisional: 元宵節, **** Ringkas: 元宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa Hokkien, versi **** bagi Hari Valentine. Tāngyuán (**** Tradisional: 湯圓, **** Ringkas: 汤圆), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

    [sunting] Hidangan Tahun Baru

    [sunting] Jamuan pertemuan semula

    Jamuan pertemuan semula diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (**** Tradisional: 魚, **** Ringkas: 鱼, pinyin: y&#250 sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah **** nián nián yǒu yú (**** Tradisional: 年年有餘, **** Ringkas: 年年有余), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."[3][9]

    [sunting] Intisari makanan
    Nama Bahasa ****[*] Huraian
    Luohan zhai 羅漢齋 (罗汉斋) luóhàn zhāi Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk (扣肉) dan yong tau fu.
    Ikan 魚 (鱼) yú Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan **** bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa ****: 餘; pinyin: y&#250. Ramuan utama bagi yee sang.
    Yee sang 魚生 (鱼生) yúshēng Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah.[8]
    Ladu jiaozi 餃子 (饺子) jiǎozi Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol emas **** kuno, seolah-olah berisi tuah.
    Limau mandarin 金橘 jīnjú; atau
    柑 gān Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru.
    Kuih bakul 年糕 niángāo Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".[2]
    Mi Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.
    Gula-gula Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula **** berwarna merah atau hitam.
    Tikoy Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air, dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang).
    [*]: Tulisan **** diberi (tulisan **** ringkas disediakan dalam kurungan jika berlainan dari bentuk tradisionalnya) diikuti pinyin.

    [sunting] Amalan Tahun Baru

    [sunting] Ang pau

    Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (**** Tradisional: 紅包, **** Ringkas: 红包, pinyin: hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: fung bao; 利是, 利市 atau 利事, bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru ****, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.[2]

    Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.[10]

    [sunting] Pasar Tahun Baru
    Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer, Singapura
    Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer, Singapura

    Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.

    [sunting] Bunga api

    Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zamana modejn pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru ****.[11]

    [sunting] Larangan mercun

    Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab keselamatan.

    * Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-undangnya tidak selalu dikuatukasakan.[12] Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun.

    * Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu, kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru ****. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.

    * Singapura: Pengharaman separa dikanakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain.[13] Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang[14] serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972.[15] Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru ****, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial.

    * Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura. Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.

    * Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun Baru ****[16], terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan kaum **** agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.

    * Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar di Chatham Square, Chinatown.[17]

    [sunting] Pakaian

    Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru **** kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepada hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

    [sunting] Shou Sui

    Shou Sui (**** Tradisional: 守歲, **** Ringkas: 守岁) berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu semetara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.[18]

    [sunting] Simbol

    Sepanjang 15 hari Tahun Baru ****, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara 福 (f&#250, atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan **** 倒 (dǎo), atau "terbalik", berbunyi sama dengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.[19]

    [sunting] Bunga

    Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.

    Hiasan Bunga Maksud
    Bunga plum melambangkan tuah
    Kumkuat melambangkan kemakmuran
    Narcissus melambangkan kemakmuran
    Bunga kekwa melambangkan panjang umur
    Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun
    Bunga matahari bermaksud tahun yang elok

    [sunting] Ikon dan hiasan
    Ikon Makna Ilustrasi
    Ikan Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan berpadu dengan pepatah **** 年年有餘 (niánnián yǒuy&#250.[9]
    Jongkong Yuanbao Yuanbao emas (金元宝; jīn yuánbǎo) melambangkan wang dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman silam.
    Tanglung Tanglung kertas **** tradisional ini biasanya berbeza daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru **** untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.
    Perhiasan Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Poster kaligrafi **** memaparkan peribahasa ****. Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul ****, keratan kertas dan gurindam.
    Tarian singa Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru ****. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang ****.
    Cai Shen Cai Shen (**** Tradisional: 財神, **** Ringkas: 财神) merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam kepercayaan ****. Kehadiran dewa ini sempena Tahun Baru **** serupa dengan Santa Claus sempena Krismas.

    [sunting] Ucapan

    Tahun Baru **** diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" (**** Tradisional: 吉祥話, **** Ringkas: 吉祥话, pinyin: jíxiáng hùa).

    [sunting] Selamat Tahun Baru

    "Selamat Tahun Baru" (Tulisan **** Tradisional: 新年快樂; Tulisan **** Ringkas: 新年快乐; pinyin: xīnnián kuàilè; Bahasa Kantonis (Yale): sānnìhn faailohk; bahasa Hokkien POJ: Sin-nî khòai-lo̍k) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian utara China, "guò nián hǎo" (**** Tradisional: 過年好, **** Ringkas: 过年好) yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.

    [sunting] Gong xi fa cai
    Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong
    Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong

    "Gong xi fa cai" (Tulisan **** Tradisional: 恭喜發財; Tulisan **** Ringkas: 恭喜发财; pinyin: gōngxǐ fācái; Bahasa Kantonis (Yale): gūnghéi faatchòih; bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hí hoat-châi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk)[20]; manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt **** seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru **** di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa **** yang ketara, termasuk komuniti pendatang **** yang lama menetap selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).

    [sunting] Ucapan lain

    Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru ****, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun baru dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Suìsuì píng'ān" (**** Tradisional: 歲歲平安, **** Ringkas: 岁岁平安) diucapkan serta-merta, yang bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". 歲 (Suì, bermaksud "usia") sama bunyi dengan 碎 ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang **** "bermain-main" dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara yang sama, 年年有餘 (Niánnián yǒuy&#250, hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata yú yang juga ditulis 魚 (ikan), menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah.[2][9]

    Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan Singapura.

    Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (**** Tradisional: 恭喜發財,紅包拿來, **** Ringkas: 恭喜发财,红包拿来, pinyin: Gōngxǐ fācái, hóngbāo nálái), yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."

    [sunting] Pantang-larang sewaktu perayaan

    [sunting] Menerima tuah

    * Membuka pintu dan tingkap dianggap 'menjemput masuk' tuah pada tahun baru.
    * Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menhalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
    * Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
    * Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
    * Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
    * Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud 'memijak' orang yang bergosip tentang pemakainya.

    [sunting] Menghindari malang

    * Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang **** kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
    * Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa maalng kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
    * Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi "rambut" sama bunyinya dengan "hasil". Maka "menggunting rambut" juga dipandang sebagai "memotong hasil" dalam baahsa Kantonis.
    * Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
    * Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
    * Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru **** kerana ini turut dianggap tidak bagus.
    * Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek **** bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "hilang".


    [sunting] Nota dan rujukan

    1. ↑ Nian. About.com. Dipetik 2008-01-21.
    2. ↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 春节 CHUNJIE, Spring Festival (The Chinese New Year) (1st of the 1st month). huayinet.org. Dipetik 2008-01-21.
    3. ↑ 3.0 3.1 Chinese New Year's Eve Dinner aka Reunion Dinner. Everything2: (2004-01-20). Dipetik 2008-01-21.
    4. ↑ Chinese New Year Customs Around the World. Quick Brown Fox: (2006-03). Dipetik 2008-01-21.
    5. ↑ 5.0 5.1 Celebrating Chinese Lunar New Year in a Cantonese's Way. Dipetik 2008-01-21.
    6. ↑ Chinese New Year. Kiwi Families for Passionate Parents. Dipetik 2008-01-21.
    7. ↑ 7.0 7.1 Yan Yat: Everybody’s Birthday. Christine O'Keeffe's New Year Legends. Dipetik 2008-01-21.
    8. ↑ 8.0 8.1 Lo Hei. Mana Makan - The Feast Crusade: (2006-01-28). Dipetik 2008-01-21.
    9. ↑ 9.0 9.1 9.2 Yu San (Chinese New Year Fish Salad). DimSum: (2001-01-01). Dipetik 2008-01-21.
    10. ↑ Chinese New Year. HK Information. Dipetik 2008-01-21.
    11. ↑ Firecrackers Singapore
    12. ↑ Yardley, J.. "Bang is back for Beijing's New Year", International Herald Tribune, 2006-01-27.
    13. ↑ Book soul 1970
    14. ↑ Chingay Past
    15. ↑ Akbur M., Peer (2002). tajuk: Policing Singapore in the 19th and 20th centuries, muka surat: 100, penerbit: Angkatan Polis Singapura. ISBN 981-04-7024-X.
    16. ↑ "Singkawang dan Pinyuh Sepi Petasan, YBS Setuju Imlek Tanpa Petasan", Equator Online, Kalbar, 2003-01-30. Dipetik 2008-01-21.
    17. ↑ "Can you pig it? New York goes hog-wild for Chinese New Year", New York Post, 2007-02-17.
    18. ↑ HAPPY NEW YEAR part 3, News Archive - Feb 2003. (2003-02-03). Dipetik 2008-01-21
    19. ↑ fu dao. Everything2: (2002-12-23). Dipetik 2008-01-21.
    20. ↑ "The origins and meaning of Gong Xi Fa Cai", Daily Express, 2007-02-17. Dipetik 2008-01-21.

    [sunting] Pautan luar
    Wikimedia Commons mempunyai media berkenaan:
    Chinese New Year

    * Perayaan Tahun Baru ****
    * Halaman fakta mengenai Tahun Baru China
    * Makanan dan hiasan tradisional untuk Tahun Baru

    Tahun Baru **** - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

  5. #4
    NdRuw's Avatar
    Join Date
    Oct 2006
    Location
    Jakarta
    Posts
    22,108
    Points
    5,956.28
    Thanks: 40 / 612 / 327

    Default

    My artikel from Google search imlek -_-a

    × Gaming Organizer ×

  6. #5
    nicvird's Avatar
    Join Date
    Nov 2006
    Posts
    29
    Points
    41.40
    Thanks: 0 / 0 / 0

    Default

    punya nining pnjang bgt..
    ampe eneg baca nya..==a
    tpi thx ud post..
    hwhwhw...
    jdi bisa baca" pas waktu senggang di fountain..
    /gg

  7. #6
    babakulima's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    semarang
    Posts
    1,585
    Points
    1,902.40
    Thanks: 0 / 1 / 1

    Default

    Gong xi fat coi la..
    angpaonya...
    hehehe...
    wah thx bgt infonya, gw baru tau..

  8. #7
    thefox's Avatar
    Join Date
    Nov 2007
    Location
    Heav OR Hel
    Posts
    1,339
    Points
    1,596.70
    Thanks: 0 / 0 / 0

    Default

    uwahhhh
    meskipun saya sndiri termasuk
    tp blom tw smpe segitunya
    jadi malu sndiri
    nice thread ndru inch:
    <div style=text-align: center;>C:\Documents and Settings\H~a~D3$\My Documents\My Pictures\Anti_Mage_by_KRiMZOnE.png</div>
    Good Bye All ^^

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •