Results 1 to 6 of 6
http://idgs.in/681494
  1. #1
    IDGS-iNyeai's Avatar
    Join Date
    Sep 2013
    Location
    iNyeai-_-iBenKs
    Posts
    662
    Points
    0.46
    Thanks: 6 / 69 / 59

    Lightbulb KOLEKSI CERITA LUCU CAMPUR"

    Spoiler untuk nasib badak si badak sumbu :
    Code:
    Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor ******. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.. Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok (jangan tak gosok) keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.
    Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
    Permintaan 1 ****** : Saya mau sebuah motor Harley Davidson Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe ........
    Permintaan 2 ****** : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei
    Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan ****** tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
    Lepas tu jin tu kata " Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"
    Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya". Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..
    "Hah ******, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin. ****** tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebar tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"
    Jin tu pun kelipkan mata, bling.... Maka meraunglah badak sumbu tu sepuas2nya..
    "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

    Spoiler untuk muzium tengkorak :
    Code:
    Satu hari tu si Tanggang pergi ke muzium pameran tengkorak,masa kat luar dia tengoklah ade satu tengkorak besar,"mungkin orang dewasa puya tegkorak ni",Tanggang berkata dalam hatinya, dia pun masuk kedalam dan melihat banyak lagi tengkorak kat dalam tu, dia berkata sendiri lagi, "apalah diorang ni tak letak nama pun, ntah tengkorak siapalah agaknya ni".Dia pun menoleh sekeliling untuk bertanya siapakah gerangan yang empunya tengkorak itu, dia ternampak security yang jaga kat area tu,
    
    Tanggang:"Bang tengkorak yang kecik ni siapa punya"
    Security: "Ooo yang ini tengkorak raja mongul"
    tanggang: "Aik..kan yang besar kt luar tu tadi tengkorak raja mongul punya.."
    security:"Ooo.. itu tengkorak raja mongul masa dia dewasa, yang ini tengkorak masa dia kecil"
    
    Tanggang pun blah sambil berkata dalam hatinya "macammanalah muzium ni ambik pekerja yang macam telo separuh masak ni.."

    Spoiler untuk malam pertama kedua dan ketiga :
    Code:
    Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.
    Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!" Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

    Spoiler untuk lawak pak pandi :
    Code:
    Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan. Apabila pulang ke rumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang.....
    Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? Hidup lagi ni
    pak Pandir: Apa yang susahnya tu Mak Andih?
    Mak Andih: Nak Ketuk Kepala ikan sadis pulak
    Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendah saja ikan tu dalam air. Kasi lemas ikan tu. Kejap lagi mampos la tu.
    Mak Andih:???
    
    CITE 2
    1 hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir. Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir
    
    CITE 3
    alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era.. ,walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..pak pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..dengan budi bahasa pramugari tu tegur."Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang..""eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.."*mana tak selesanya.. bisnes klass.. mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat pak pandir.."pak cik.. boleh tengok tiket?"pak pandir kasi tiket.."oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?""yer nak...""taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!""yerker nak.. nasib baiklah nak bagitau.."

    Spoiler untuk lawak hehehehe :
    Code:
    Hukuman untuk guru
    Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya. "Baik, baik," kata Hakim. "Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah 'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."
    
    100%
    "Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya. "Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya. "Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."
    
    Hari Yang Buruk
    Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu. Lelaki yang empunya gelas terus menangis. "Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori. "Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!" "Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.
    
    Hutang
    Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.
    Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?."
    Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?"
    Anak : "2 kilo pakcik"
    Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.."
    Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia..."
    
    Dua orang kaya dan pemandunya
    Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.
    Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."
    Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez." King Kong pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta. Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"
    Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"
    Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!"
    dan dia terus cabut ke rumah tuannya. Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa. Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan, King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"
    Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke


    TERIMAKASIH

  2. Hot Ad
  3. #2
    sltg-indopahit's Avatar
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    1,196
    Points
    2,086.53
    Thanks: 83 / 39 / 34

    Default

    Bro jangan dibikin pake kode
    jadi lebar bgt... ga enak bacanya

  4. #3
    IDGS-iNyeai's Avatar
    Join Date
    Sep 2013
    Location
    iNyeai-_-iBenKs
    Posts
    662
    Points
    0.46
    Thanks: 6 / 69 / 59

    Default

    gue di saranin sama rezon harus pakek spoiler

  5. #4
    IDGS-iNyeai's Avatar
    Join Date
    Sep 2013
    Location
    iNyeai-_-iBenKs
    Posts
    662
    Points
    0.46
    Thanks: 6 / 69 / 59

    Default

    UP UP UP UP UP

  6. #5
    IDGS-iNyeai's Avatar
    Join Date
    Sep 2013
    Location
    iNyeai-_-iBenKs
    Posts
    662
    Points
    0.46
    Thanks: 6 / 69 / 59

    Default

    UP UP UP UP UP

  7. #6
    IDGS-iNyeai's Avatar
    Join Date
    Sep 2013
    Location
    iNyeai-_-iBenKs
    Posts
    662
    Points
    0.46
    Thanks: 6 / 69 / 59

    Default


Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •