RINGKAS EKON
Laba Great Eastern naik
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
GREAT Eastern Holdings Ltd, syarikat insurans terbesar dari segi aset di sini dan di Malaysia, berkata keuntungan suku ketiganya meningkat 25 peratus didorong penjualan lebih banyak insurans dan keuntungan yang dinikmati daripada pelaburannya.
Keuntungannya meningkat kepada $112.4 juta bagi suku berakhir September lalu berbanding dengan $90 juta yang dicatatkan bagi tempoh yang sama sebelum ini.
Kenaikan 34 peratus dalam pendapatan insurans hayat kepada $106 juta dan kenaikan 23 peratus dalam pendapatan pelaburan membantu mengatasi kemerosotan dalam insurans awamnya, kata syarikat itu.
Adam Air mahu disenaraikan
SYARIKAT pesawat bajet Indonesia, Adam Air, merancang untuk menyenaraikan syarikat itu di bursa Singapura menjelang pertengahan 2008, menurut Pengarah Presidennya, Encik Adam Suherman.
Bercakap demikian dalam satu sidang puncak Ramalan Sektor Penerbangan, beliau berkata pengasas pesawat itu bagaimanapun akan terus menguasai 51 peratus taruhan dalam syarikat itu jika ia disenaraikan di sini.
Adam Air meramalkan akan dapat mengendalikan 11 juta penumpang tahun depan, naik daripada tujuh juta yang diramalkan tahun ini.
SUATU PETANG DI BAZAR RAMADAN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
MINGGU lalu ketika berada di sebuah bazar Ramadan, Abang Abu telah menyaksikan pelbagai macam perniagaan yang dipamerkan dalam suatu suasana yang begitu meriah. Maklumlah, bazar setahun sekali dan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pula.
Ramai yang tidak mahu hilang kesempatan untuk menarik seberapa ramai pelanggan yang boleh dengan cara dan gelagat mereka yang tersendiri.
Abang Abu perhatikan bahawa ada gerai mengalami jualan yang laris, banyak yang sederhana dan ada juga yang terpaksa tutup kedai.
Dalam suasana yang demikian, terfikir Abang Abu sejenak mengenai matlamat setiap peniaga yang terlibat.
Abang Abu teringat dengan perkara-perkara yang telah dibincangkan mengenai membuat perancangan, iaitu melakarkan pelan niaga.
Berapa ramaikah antara mereka merupakan peniaga tetap dan berapa ramaikah peniaga musiman dan yang paling penting sekali, berapa ramaikah yang datang siap dengan pelan niaga mereka tersendiri.
Pada pendapat Abang Abu, sama ada peniaga tetap atau peniaga musiman, pelan niaga tetap penting kerana ia dapat memberi kita matlamat atau tujuan yang lebih nyata.
Bukan maksud Abang Abu untuk mempertikaikan kewibawaan para peniaga kita tetapi Abang Abu hanya ingin mengundang anda mengajukan soalan atau pandangan yang berkaitan dengan peri pentingnya pelan niaga dengan perniagaan-perniagaan yang dijalankan di bazar.
Abang Abu inginkan suatu perbincangan yang sihat demi pembangunan pengetahuan dalam sesuatu perkara yang dapat mendatangkan kemanfaatan, insya-Allah.
Mana tahu, anda sendiri mungkin berpotensi menjadi seorang peniaga di bazar tahun depan.
Abang Abu percaya, pelan niaga dapat membantu menumpukan perhatian pada matlamat perniagaan anda.
Ia juga memberi suatu asas yang teguh untuk kita membuat sesuatu keputusan yang baik.
Sebagai suatu andaian, jika anda ingin mengembara, anda perlu merancang persiapan untuk makanan, pakaian serta tempat tinggal yang sesuai.
Anda juga harus pastikan keadaan cuaca ketika dalam perjalanan.
Anda juga mesti pastikan rakan-rakan yang menyertai anda juga telah melakukan persiapan yang diperlukan.
Dengan adanya persiapan seperti ini, insya-Allah perjalanan anda akan berjaya.
Setiap pelan niaga adalah berlainan kerana setiap perniagaan adalah berbeza.
Jadi apabila anda berpeluang turun ke bazar mana pun, anda harus membuka minda anda untuk memikirkan apakah perkara-perkara yang harus diambil kira bagi setiap perniagaan itu untuk berjaya.
E-mel Abang Abu untuk mendapatkan contoh soalan-soalan yang perlu dijawab agar pelan perniagaan lengkap.
PROGRAM RAKAN KONGSI DIJANGKA HASILKAN JUALAN $2.5B
PROGRAM Rakan Kongsi Niaga (iPartners) di bawah International Enterprise (IE) Singapore dijangka menghasilkan penjualan $2.5 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.
Mendedahkan ini semalam, Timbalan Pengarah Kumpulan Pembangunan Keupayaan IE, Cik Angela Png, berkata 12 pakatan telah berjaya dibentuk tahun lalu.
'Sejak dilancarkan, 24 iPartners telah dibentuk yang akan memanfaatkan 124 syarikat setempat dan diramalkan menjana $2.5 bilion dalam penjualan luar negara menjelang 2010.
'Pakatan itu membantu meluaskan penembusan mereka di pasaran antarabangsa termasuk China dan Timur Tengah,' ujar beliau, ketika merasmikan Seminar Membentuk Pakatan bagi Membantu Perkembangan Antarabangsa - Program iPartners, anjuran IE.
Diperkenalkan tiga tahun lalu, iPartners bertujuan menggalakkan pembentukan usaha sama di kalangan syarikat-syarikat bagi mendapatkan projek luar negara.
Antara pakatan yang telah dibentuk termasuk Konsortium Bangunan dan Prasarana Singapura dengan beberapa projek yang berjaya diperolehi bagi pembangunan utama di Timur Tengah dan Konsortium Lapangan Terbang Singapura dengan 18 projek di China yang bernilai $110 juta.
'Banyak syarikat iPartners, terutama yang kecil, telah berkongsi dengan kami bahawa pendekatan konsortium ini adalah amat menarik dalam memasuki pasaran ekoran penjimatan skala yang dinikmati mereka. Ramai yang memberitahu kami bahawa mereka tidak akan memasuki Timur Tengah dengan sendiri jika tidak kerana pakatan itu,' tambah beliau.
Dalam seminar itu, Profesor Bersekutu Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Nitin Pangarkar, mendedahkan tinjauannya yang menunjukkan 80 peratus syarikat yang ke luar negara menerusi pakatan berjaya mengurangkan kadar kegagalan mereka.
ANTARA KRITERIA IPARTNERS
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
PROJEK:
Projek harus menambah penjualan dan akses pasaran luar negara bagi semua syarikat dalam pakatan itu.
Sebuah syarikat harus mengetuai pakatan itu dan ia harus mempunyai sekurang-kurangnya dua rakan kongsi.
Projek hanya boleh bermula selepas insentif diluluskan.
PAKATAN SYARIKAT:
Syarikat yang mengetuai pakatan itu mesti diiktiraf sebagai ketua pasaran atau industri dan mesti memenuhi kriteria yang ditetapkan IE.
Rakan kongsi pakatan haruslah syarikat berpangkalan di sini (dengan penjualan sebanyak $250,000)
Syarikat-syarikat dalam pakatan itu tidak harus menguasai lebih daripada 20 peratus taruhan dalam pakatan itu.
FIRMA MILIK SAUDI TIMBANG PERKENAL BON ISLAM DI RANTAU INI
Sabic tidak tolak usul untuk biayai pembinaan loji di China atau India
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
SYARIKAT petrokimia milik kerajaan Arab Saudi, Saudi Basic Industry Corporation (Sabic), tidak menolak kemungkinan melancarkan bon Islam, sukuk, di Singapura atau rantau ini bagi membiayai rancangannya membuka loji di China atau India, menurut Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Sabic, Encik Mutlaq H. Al-Morished.
Syarikat itu, yang mempunyai ibu pejabat Asia di Singapura, menjangkakan negara ini memainkan peranan lebih penting sedang Asia berkembang dengan pesat, berbanding rantau-rantau lain di dunia.
Sabic Asia, yang mempunyai pejabat di Republic Plaza, turut bertanggungjawab terhadap perniagaan di China.
Ketika ini, 46 peratus daripada penjualan sejagatnya disumbangkan oleh Asia, kata Encik Mutlaq yang berada di Singapura bagi memasarkan urus niaga bon euro di kalangan institusi korporat di rantau ini termasuk Singapura, Malaysia dan Indonesia.
Dibentuk pada 1976, Sabic merupakan syarikat Timur Tengah disenarai di bursa saham terbesar bernilai AS$70 bilion ($1.09 trilion) dari segi pasaran permodalan. Ia menghasilkan antara lain bahan ethylene yang diperlukan bagi membuat plastik.
Dalam usaha mempelbagaikan portfolio kewangannya, Sabic kian menggunakan kewangan Islam sebagai satu saluran pembiayaan baru bagi melengkapi pembiayaan secara konvensional.
'Beberapa tahun lalu, kewangan Islam kurang mendapat tempat dan institusi kewangan Islam tidak dapat menyusun pembiayaan kewangan Islam bernilai jutaan dolar.
'Tetapi, kini kewangan Islam semakin berkembang pesat dalam pasaran.
'Kami tidak menolak melancarkan sukuk di rantau ini termasuk Singapura bagi membiayai projek di Asia terutama jika kami berjaya mendapatkan kelulusan membuka loji di China atau India kerana kami menyedari di rantau ini terdapat ramai individu kaya yang berminat melanggani pembiayaan secara Islam,' kata Encik Mutlaq.
Sabic sudah menghantar permohonan kepada pemerintah China bagi membuka loji di sana dan sedang menunggu kelulusan.
Syarikat itu telah berjaya mengumpulkan AS$850 juta pembiayaan secara Islam bagi membiayai projek kompleks petrokimia Yansab, yang merupakan pembiayaan projek kewangan Islam terbesar di dunia.
Ia turut melancarkan sukuk awam pertama di Arab Saudi bernilai AS$800 juta, yang dilanggani lebih 20 hingga 30 peratus.
HSBC Bank terlibat dalam kedua-dua pengurusan kewangan Islam itu termasuk urus niaga bon euro yang sedang dipasarkan.
Metrotvnews.com, Jakarta: Setelah tertunda-tunda, Sabtu (31/3) sore, akhirnya pemerintah mengumumkan harga pembelian pemerintah (HPP) untuk gabah dan beras yang baru. Pengumuman kenaikan pembelian gabah dan beras dihadiri Menteri Koordinator Perekonomian Boediono, Menteri Pertanian Anton Apriantono, Menteri Perdagangan Mari Elka Pangestu dan Direktur Utama Perum Bulog Mustafa Abubakar.
HPP baru tersebut tertuang dalam Inpres Nomor 3 Tahun 2007 tentang Kebijakan Perberasan Nasional. Intinya, HPP naik rata-rata 17,6 persen dari harga sebelumnya. Menurut Boediono, kenaikan HPP ini dimaksudkan untuk meningkatkan produksi beras dan meningkatkan pendapatan petani, menjaga ketahanan pangan dan stabilitas ekonomi nasional.
Berdasarkan Inpres tersebut, HPP gabah kering panen naik dari Rp 1.730 menjadi Rp 2.000 per kilogram. Sementara harga gabah kering giling di penggilingan naik dari Rp 2.280 menjadi Rp 2.575 per kilogram. Sementara harga beras di tingkat Bulog naik dari Rp 3.550 menjadi Rp 4.000 per kilogram. Menurut Direktur Utama Perum Bulog, pihaknya telah menyiapkan dana Rp 6 triliun untuk pembelian gabah atau beras sesuai harga baru.(DOR)
PANGERAN ARAB MEMASTIKAN AKAN BERINVESTASI DI INDONESIA
Metrotvnews.com, Jakarta: Pengusaha terkaya nomor lima dunia, Pangeran Al Waleed bin Talal asal Arab Saudi akan berinvestasi di Indonesia. Hal ini disampaikan dalam pertemuannya dengan Presiden Susilo Bamang Yudhoyono di Kantor Kepresidenan, Jakarta, Jumat (30/3). Presiden didampingi Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Boediono, Menteri Perindustrian Fahmi Idris, Menteri Pekerjaan Umum Djoko Kirmanto dan Kepala Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM) Muhamad Lutfi.
Dalam pertemuan itu, Al Waleed menyampaikan harapannya kepada Presiden untuk segera dapat menanamkan modal pada bidang perhotelan dan resor di Indonesia tahun ini. Namun, dalam jumpa persnya, Al Waleed belum bersedia mengungkapkan nilai investasi yang akan ditanamkan. Menurut dia, saat ini masih dalam tahap negosiasi. Besaran investasinya akan dipublikasikan beberapa bulan ke depan jika negosiasi selesai.
Kedatangan Al Waleed ke Indonesia memang merupakan hasil dari kunjungan Presiden Yudhoyono ke Arab Saudi, beberapa waktu silam. Dalam kunjungan kenegaraannya ke kota Riyadh selama dua hari itu, Presiden telah bertemu, antara lain dengan Raja Abdullah bin Abdul Azis dan Pangeran Al Waleed. Menurut Presiden ketika itu, baik Raja maupun pemerintah Arab Saudi dan pihak Indonesia sepakat menindaklanjuti apa saja yang telah dibicarakan di Riyadh. Al Waleed disebutkan sangat ingin melakukan pengembangan kegiatan usaha di Indonesia.
Al Waleed merupakan pemilik saham dalam jumlah besar di perusahaan terkemuka dan jaringan hotel besar dunia. Pengusaha keluarga kerajaan ini, menurut majalah Forbes, merupakan orang kelima terkaya di dunia dengan jumlah harta kekayaannya mencapai US$ 23,7 miliar. Sementara oleh majalah Time, Waleed dijuluki Warren Buffet dari Arab. Buffet adalah pemilik perusahaan asuransi terkemuka dan menduduki posisi kedua orang terkaya dunia versi Forbes.
Pangeran Waleed lahir dari keluarga kerajaan Arab Saudi pada Maret 1955. Dia adalah keponakan dari Raja Fadh. Dia mendapat publikasi luas ketika memberikan sumbangan senilai US$ 20 juta (sekitar Rp 184 miliar) ke Universitas Harvard dan Georgetown untuk bidang pengkajian Islam pada Desember 2005.(DEN)
Metrotvnews.com, Jakarta: Polemik Rancangan Undang-Undang (RUU) Penanaman Modal selesai sudah. DPR akhirnya mengesahkannya menjadi undang-undang yang akan mengatur seluruh kegiatan investasi di Indonesia itu, Kamis (29/3) kemarin.
Sebelum disahkan, dua dari 10 fraksi yang ada di DPR, yakni Fraksi PDI Perjuangan dan Fraksi Kebangkitan Bangsa menolak terhadap undang-undang penanaman modal ini. Bahkan, Fraksi PDI Perjuangan melakukan aksi walk out sebagai wujud protes dari undang-undang yang dinilainya prokepentingan asing ini.
Undang-Undang Penanaman Modal dinilai banyak pihak mengandung sejumlah pasal yang liberal. Pasal 22 misalnya dapat memberikan penanam modal berupa hak guna usaha selama 95 tahun dan dapat diperbaharui selama 35 tahun. Selain itu tidak akan ada perbedaan perlakuan dari pemerintah terhadap penanam modal, baik asing maupun nasional.
Menteri Perdagangan (Mendag) Mari Elka Pangestu mengatakan, tidak benar jika Undang-Undang Penanaman Modal ini disebut mendorong liberalisme perdagangan di Indonesia. Menurut Marie, memang ada beberapa sektor yang akan dibuka, namun ada juga yang ditutup. Meski belum bisa menyebutkan sektor apa yang dimaksud, Marie yakin kepentingan nasional tetap menjadi prioritas.
Sebagai tindak lanjut dari disahkannya Undang-Undang Penanaman Modal ini pemerintah akan melakukan finalisasi peraturan pelaksana. Di antaranya Peraturan Presiden tentang kriteria dan penyusunan bidang usaha yang tertutup dan terbuka dan Peraturan Presiden tentang tata-cara dan pelaksanaan pelayanan terpadu.(DOR)
RUPIAH STABIL
Metrotvnews.com, Jakarta: Nilai tukar rupiah bertahan pada posisinya terhadap dolar Amerika. Kamis kemarin, nilai rupiah menguat tajam. Pada awal perdagangan Jum'at (30/3) pagi ini rupiah stabil di posisi Rp 9.120 per dolar Amerika.
Analis valas dari Integral Investama Dus Nanggang mengatakan, setelah tertekan permintaan korporasi yang besar menjelang akhir bulan ini nilai tukar rupiah mulai bergerak stabil. Berkurangnya permintaan dolar membuat rupiah langsung menanjak pada penutupan Kamis kemarin.
Dus Nanggang memperkirakan, sepanjang perdagangan hari ini rupiah hanya akan mencoba konsolidasi di posisi Rp 9.100 hingga Rp 9.140 per dolar Amerika karena minimnya sentimen yang ada di pasar.
Di sisi lain, dolar Amerika ternyata masih bergerak mulus. Pelaku pasar masih terus menantikan keluarnya data pertumbuhan ekonomi Amerika Serikat. Pidato Gubernur Bank Sentral Amerika Ben Bernanke malah dinilai tidak memberi dampak yang signifikan terhadap pergerakan dolar.
Menurut Dus Nanggang, pelaku pasar saat ini tengah menantikan dirilisnya data inflasi Senin depan. Namun, lanjut Dus Nanggang, hal ini tidak banyak membawa pengaruh terhadap posisi rupiah.(DOR)
PENJUALAN HASIL BLOK CEPU KE DOMESTIK DIMINTA DITANGGUHKAN
Metrotvnews.com, Jakarta: Operator Blok Cepu, Mobil Cepu Limited meminta penangguhan kewajiban menjual hasil produksinya ke pasar domestik atau domestic market obligation dengan harga pasar hingga produksi blok tersebut mencapai puncak. Di Jakarta, baru-baru ini, Kepala Badan Pelaksana Kegiatan Hulu Minyak dan Gas Bumi BP Migas, Kardaya Warnika mengatakan permintaan Mobil Cepu Limited itu adalah syarat yang diajukan anak perusahaan Exxon Mobil Oil Indonesia tersebut terkait keinginan pemerintah untuk mempercepat produksi Blok Cepu dari 2009 menjadi 2008. Pemerintah menginginkan Blok Cepu dapat mencapai 80 ribu barel per hari pada 2009.
Menurut Kardaya, berdasarkan peraturan pemerintah, operator migas berkewajiban menjual produksinya di pasar domestik sebanyak 25 persen dari total produksi. Sementara untuk menarik investasi, pemerintah mengeluarkan kebijakan domestic market obligation yang diberikan hingga 60 bulan sejak lapangan migas tersebut diproduksi.(BEY)
RUPIAH DIBUKA MENGUAT 15 POIN
Metrotvnews.com, Jakarta: Nilai rupiah berhasil menguat 15 poin. Pada awal perdagangan, Senin (2/4) pagi, rupiah berada di level Rp 9.110 per dolar Amerika Serikat. Head of Research Treasury Bank Negara Indonesia, Hindria Listiadi mengatakan penguatan rupiah terjadi akibat terimbas rebound-nya perdagangan saham di pasar Asia yang diprediksi akan mendorong indeks saham di Jakarta ikut menguat.
Hindria memperkirakan sepanjang perdagangan hari ini, rupiah akan mencoba menguat di level Rp 9.080 hingga Rp 9.125 per dolar. Pelaku pasar juga tengah menantikan data-data inflasi dari Badan Pusat Statistik yang diperkirakan angkanya sedikit naik dibandingkan bulan sebelumnya. Hindria juga memperkirakan pasar akan terus mencoba konsolidasi di tengah-tengah masih memanasnya situasi di Timur Tengah dan terus berfluktuasinya harga minyak mentah dunia.(BEY)
HARGA BERAS DIPERKIRAKAN TURUN
Metrotvnews.com, Jakarta: Harga beras yang mahal nampaknya tidak akan terjadi lagi. Ini terlihat dalam beberapa hari terakhir, harga beras di sejumlah pasar di Jakarta mengalami penurunan harga. Para pedagang mengaku, penurunan harga beras terjadi karena pasokan beras yang bertambah dari hasil panen raya. Untuk harga beras kualitas super cenderung stabil, bahkan masih bertahan di level Rp 7.000 per kilogram.
Di Pasar Palmerah, Jakarta Selatan, harga beras jenis IR 42 hingga saat ini masih tinggi, antara Rp 5.800 sampai Rp 7.000 per kilogram. Sementara harga beras jenis IR 6-4 cenderung turun dengan harga bervariasi, antara Rp 4.400 sampai Rp 5.700 per kilogram. Harga beras tersebut berdasarkan harga yang dibeli dari pemasok di Krawang, Sabtu kemarin.
Pedagang beras di Pasar Palmerah dan Pasar Kebayoran Lama memperkirakan, beras jenis IR 6-4 harganya cenderung stabil atau turun. Sementara harga beras jenis IR 42 kelas super diperkirakan stabil. Meski panen raya terjadi bulan Maret hingga Juni nanti, harga beras kualitas super diperkirakan tidak akan turun karena persediaan terbatas.(DOR)
KEKAYAAN INDONESIA MINUS, KEWAJIBAN PEMERINTAH MENURUN
Metrotvnews.com, Jakarta: Kekayaan Indonesia per akhir Desember 2006 minus Rp 64,45 triliun, sementara aset pemerintah untuk periode yang sama tercatat Rp 1.253 triliun. Direktur Akuntansi dan Pelaporan Keuangan Departemen Keuangan Hekinus Manao kepada wartawan di Jakarta, Selasa (3/4), mengemukakan, nilai aset pemerintah 2006 mengalami kenaikan 6,8 persen dibanding periode akhir Desember 2005 yang mencapai Rp 1.173,13 triliun.
Sedangkan kewajiban pemerintah per 31 Desember 2006 tercatat sebesar Rp 1.318,16 triliun atau turun hampir 1,8 persen dibanding periode 31 Desember 2005 yang tercatat sebesar Rp 1.342,05 triliun. Dengan demikian, kekayaan bersih pemerintah per 31 Desember 2006 tercatat minus Rp 64,45 triliun. Namun, kekayaan bersih yang minus ini ternyata turun dibanding periode yang sama pada 2005 yang tercatat sebesar Rp 168,92 triliun. Hekinus mengakui, kekayaan Indonesia yang minus ini tidak menimbulkan kegelisahan karena masih banyak aset milik pemerintah yang dinilai atau dihargai satu rupiah saja.(DEN)
TAHUN INI INDOFOOD AKAN GELONTORKAN RP 1,6 TRILIUN
Metrotvnews.com, Jakarta: PT Indofood Sukses Makmur Terbuka akan membelanjakan dana Rp 1,6 triliun tahun ini untuk membiayai perluasan lahan perkebunan dan penambahan kapasitas pabrik mi instan. Demikian diungkapkan Direktur PT Indofood Sukses Makmur Terbuka Thomas Tjhie dalam paparan publik kinerja Indofood 2006 di Jakarta, Selasa (3/4).
Thomas mengungkapkan, 30 persen dari alokasi dana belanja modal akan dialokasikan untuk penambahan kapasitas pabrik mi 7,4 persen menjadi 14,5 miliar bungkus per tahun dari kapasitas sekarang 13,5 miliar bungkus. Selain perluasan pabrik mi, 30 persen dana belanja modal tahun ini juga akan digunakan untuk perluasan lahan perkebunan dan 40 persen lagi untuk keperluan lain-lain. Menurut Direktur Emiten berkode INDF, Mulyawan Candra, rata-rata dana yang diperlukan untuk mengembangkan lahan perkebunan termasuk dengan pembangunan fasilitasnya mencapai US$ 4.000 per hektare.(DEN)
Share This Thread